Santau
Oleh Engku Ansaruddin Agus, dibantu oleh Abu Mansur Manaf
Siapa yang biasa dan mudah terkena SANTAU ini?
Saudara pembaca yang di hormati, di dalam sepanjang pengalaman bapak, mangsa-mangsa ilmu hitam ini terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat tidak kira miskin, kaya menteri-menteri atau pun orang yang ternama, malahan ada juga yang menjadi sasaran ilmu-ilmu ini terdiri daripada golongan ulama sendiri.
Bagaimana ini boleh terjadi? Ini tidaklah menghairankan jika kita mengingati bahawa mengikut sebahagian ulama, Rasulullah s.a.w. sendiri telah kena pukulan sihir oleh seorang yahudi di zamannya. Untuk sahihnya sila rujuk kepada guru-guru agama yang arif.
Begitu juga dengan Nabi Allah Ayub AS yang menderita berpuluh-puluh tahun akibat perbuatan sihir. Nah, apakan lagi manusia biasa yang sering-sering lupa atau pun lalai di dalam menunaikan perintah ALLAH yang wajib dan ada juga yang menyimpan perasaan hati hasad dengki sesama sendiri. Maka dengan ini manusia tersebut akan lebih senang lagi dikuasai dan dipermain-mainkan oleh Iblis Syaitan laknat terkutuk.
Jadi saudara pembaca yang kami hormati, sejarah ini adalah pedoman yang positif bagi kita untuk menginsafi yang tiada siapa boleh terhindar dari pukulan-pukulan ilmu-ilmu sihir ini kecuali dengan kuasa ALLAH SWT.
Kita jangan lupa bahawa yang selalu mendapat ujian-ujian pahit dari ALLAH adalah orang-orang yang beriman sebagaimana yang diterangkan oleh ulama-ulama selama ini.
Pada Zaman bila popularnya ilmu santau ini ?
Kalau kita tinjau sejarah popularnya ilmu santau ini, kita akan teringat pada zaman penjajahan Belanda di negara jiran yang mana pada masa itu permainan ilmu santau ini mulai berkembang. Mengikut cerita daripada guru-guru silat dari negara jiran, ilmu santau ini juga dipergunakan untuk menyerang atau melumpuhkan penjajahan dikala itu.
Tetapi kita jangan lupa yang pada zaman nabi-nabi dahulu kalanya ilmu sihir ini memang sudah wujud, hanya setiap negeri itu mempunyai nama dan istilah sendiri. Kita mesti sentiasa mengingati yang ini tidak keluar dari konsep ilmu sihir iaitu kerjasama syaitan dan manusia dan tidak boleh dipergunakan di atas apa-apa alasan pun.
Bagaimana pula dengan zaman sekarang? Jawapannya, tetap ada. Mungkin perkara ini berkurangan daripada dahulunya, kerana kekuatan Islam sangat pesat berkembang maka para penganut atau para pewaris ilmu hitam ini secara otomatik tidak dapat mengembangkan kepada generasi yang seterusnya. Jika para pewaris tadi meninggal dunia maka ilmunya ikut serta hilang bersamanya, bukankah saudara pembaca budiman tidak kenal dengan konsep perjuangan Iblis Syaitan ini? Tentu Iblis Syaitan ini akan mengoda merayu kepada orang-orang yang kurang pendedahan kepada pelajaran agama sebagai sahabat dan teman karib bekerjasama untuk menganiaya sesama manusia.
Jadi begitulah kesimpulannya ilmu sihir (Santau) ini susah untuk pupus di permukaan bumi sampailah ke hari ini kerana Iblis Syaitan itu akan berusaha untuk mencari pengamal-pengamal yang baru dengan pelbagai-bagai cara.
Kenapa Si Pewaris SANTAU tesebut berani menganiaya?
Perkara-perkara yang mendorong pengamal ilmu ini untuk menganiaya, ada beberapa faktor yang sesetengahnya telah pun bapak bincangkan di dalam keluaran yang lepas, di antaranya:-
1. Mencari Wang
2. Balas dendam
3. Meningkatkan Wibawa (Kononnya)
4. Perjanjian dengan ilmunya. Maksudnya ialah ada sebahagian daripada pewaris ilmu santau tersebut dia mempunyai persumpahan dengan ilmunya, yang mana setiap tahunnya si pewaris ilmu mesti melepaskan santaunya kepada orang lain. Jika tidak santau tersebut serta merta memakan keluarga tuannya sendiri.
Satu ciri-ciri orang-orang yang mengamal ilmu syaitan ialah sifat-sifat kesyaitanan akan bersemadi di dalam diri orang itu. Iblis Syaitan memang menyimpan dendam terhadap manusia, maka dengan ini akan mendorong pengamal-pengamalnya supaya membuat angkara-angkara yang akan menjerumuskan si pengamal itu ke Neraka.
Dengan ini seorang yang bersahabat dengan syaitan akan mencerminkan sifat syaitan itu sendiri dan seorang yang mengamal ilmu-ilmu ALLAH akan juga mencerminkan sifat-sifat yang mulia. Dari sini kita dapat mengenali dengan secara kasar apa amalan dan ilmu seseorang itu dari sifatnya. Biasanya, jahat ilmunya maka jahatlah si pengamalnya, baik ilmunya maka makin lama di amalkan makin baiklah sipengamal itu.
Ingatilah bahawa sifat amarah itu adalah perangai syaitan, maka orang-orang yang tidak dapat menguasai diri mereka umumnya di kuasai syaitan terutama sekali mereka yang terus berdamping dengannya. Dengan ini mereka tidak teragak-agak lagi untuk mempergunakan ilmu-ilmu mereka untuk menganiaya.
Bagaimana untuk mengetahui benda itu datang kepada kita?
Setiap pukulan ilmu sihir ada tanda-tanda yang lahir kepada diri orang yang hendak di hinggapinya. Begitu juga atas kedatangan sihir santau juga mempunyai tanda-tanda yang nyata pada diri orang yang akan kena. Hanya kebanyakan selama ini, kita tidak mengetahui tanda-tanda tersebut sehingga terlambat apa lagi jika ditambah lagi apabila keimanan yang menipis di dada. Tentu saudara pembaca budiman ingin tahu apakah tanda-tandanya.
Bagi ilmu santau angin, baru si Penyantau (tukang sihir) berancang hendak menghantar pukulannya sudah sampai desiran angin yang boleh di dengar di telinga kiri mangsanya.
Tanda-tanda selepas itu pula si mangsa akan berasa menyucuk-nyucuk sedikit di dada sebelah kiri. Tanda-tanda ini akan hilang dalam jangka masa sekejap sahaja.
Apabila sihir ini telah sampai pada mangsa, tanda-tandanya pula adalah seperti berikut:-
Terasa seketika (dalam masa yang pendek) ada bagaikan tusukan-tusukan benda yang halus pada hujung-hujung jari tangan atau hujung-hujung jari kaki. Ini adalah petanda serangan sudah sampai (sudah masuk kepada diri kita).
Setelah itu, tanda-tanda berikutnya kita mulai tidur dengan mimpi yang karut-karut yang menggerunkan malahan, ada yang sampai ke tahap mata mengantuk tetapi susah untuk tidur. Adakalanya di dalam mimpi kita di suguhkan hidangan-hidangan, minuman, adakalanya kelihatannya baik-baik adakalanya kelihatannya buruk-buruk. Terus kita pun makan atau minum. Maka ini bermakna sampailah hajat si penyantau tadi.
Berselang beberapa hari, adakalanya pada saat itu juga tekak akan terasa gatal, batuk mulai terkeluar dan dada terasa panas, sendi-sendi merasa lemah. Batuk tersebut mungkin sudah mula mengeluarkan darah
Kesemua tanda-tanda di atas ini adalah tanda-tanda kiriman santau (sihir dari jarak jauh).
Bagaimana pula tanda-tanda Santau yang berinduk atau pun yang dilangsungkan dengan tangan kedalam makanan atau minuman yang dihidangkan kepada kita?
Saudara pembaca yang budiman, sebelum kita mencuba makanan atau minuman tersebut, bagi kita penganut agama Islam, jangan lupa membaca BISMILLAH. Disamping kita membaca ayat ini, sebelum kita memegang dengan tangan makanan atau minuman itu, cuba kita gerakan hujung lidah kita ke langit-langit kita agar merasa geli, jika tiada merasa geli maka ini bermakna kita di dalam bahaya. Dan seterusnya jika jari kita menyentuh makanan, minuman tersebut, terasa semut-semut atau mencucuk-cucuk di hujung jari bererti bahaya santau mengancam diri kita.
Dan bagaimana pulak untuk minuman-minuman panas, jika tukang santau meletakkan ramuan santau di dalam minuman panas seperti kopi teh dan lain-lainnya, maka asap yang halus di dalam cawan atau gelas yang tersebut tidak akan naik dan keluar dari cawan atau gelas tersebut. Asap tersebut akan berputar-putar di permukaan gelas itu sahaja.
Jika saudara pembaca dapat melihat kejadian seperti begini bermakna saudara di ancam oleh serangan santau.
Minuman yang begini jika diberikan kepada binatang seperti ikan di dalam akuarium, biasanya binatang tersebut akan menderita dan mati.
Saudara-saudara pembaca majalah Pendekar yang kami hormati, jangan gerun atau gentar, kata pepatah, “tak ajal berpantang maut, “. Dan begitu juga menurut Al Quran, tidak akan memberi bekas apa pun jua kepada kita jika Allah tidak mengizinkan.
Apa benteng yang kuat untuk mengatasinya?
1. Mengenal tanda-tanda di atas. Apabila melihat tanda-tanda tersebut jangan makan makanan tersebut.
2. Sebagai orang islam jangan minum atau makan begitu saja, kita mesti berserah diri dan bersyukur kepada ALLAH SWT yang menjadikan segala kejadian di alam ini.
3. Rajin beramal dengan tulus ikhlas sehingga sihir tidak berani dekat dengan kita. Begitu juga ilmu santau tidak akan mengancam diri kita. Di sini benyak jenis amalan yang boleh kita lakukan dan disyorkan oleh ulama-ulama yang mursyid seperti amalan ayat kursi dan banyak lagi. Yang pentingnya amallah dengan penuh yakin terhadap kekuasaan ALLAH SWT serta yakin tiada yang dapat memudharatkan selain dengan izinNYA.
Adakala bapak telah melihat dengan mata kepala bapak sendiri di Malaysia ini bekas minuman yang diisi santau tersebut pecah apa bila di sentuh oleh orang yang beramalkan seperti ini.
4. Lurus hati yang bersih diantara benteng yang penting. Sebaliknya orang yang melakukan santau itu adalah orang yang berhati kotor tidak takut kepadahukum ALLAH SWT di dunia dan akhirat.
Kesimpulannya, yang kotor itu lawannya adalah yang bersih dan ALLAH SWT bersama orang yang sentiasa mengingatinya.
Dengan ini bapak tidak lupa mengucapkan ribuan mohon maaf kepada para cerdik pandai dan ulama, sepandai-pandai tupai melompat satu saat akan jatuh juga, kenapa demikian? Makin tahu dan pintar kita maka makin banyak cobaan dan cabaran hidup. Begitu juga bahawa ALLAH SWT akan menguji hambanya tidak kira siapa pun juga.
Saudara pembaca sekelian, marilah kita bersama-sama berdoa semoga kita terhindar dari ancaman sihir (santau), semoga ALLAH SWT melindungi kita. Amiin.
Sekian dari bapak buat kali ini.
Wassalam