Pendahuluan Ruqyah Syar'iyyah
Ruqyah adalah suatu kaedah untuk mengubati orang yg terkena sihir, gangguan atau kerasukan Jin atau Syaitan. Cara cara yg di syariatkan Islam ialah dengan menggunakan ayat-ayat suci Al Quran, Asma`ul husna dan juga Do`a-do`a yg berasal dari Al Quran dan Hadis. Terdapat larangan meruqyah dgn bantuan jin dan cara-cara lain yg bertentangan dgn Islam. Rasulullah S.A.W.mengizinkan meruqyah dengan ayat-ayat suci Al Quran, Zikir zikir dan do`a do`a selama ia tidak mengandungi Syirik atau perkataan yg tidak dapat difahami maknanya.
Hadis
Dari `Auf Bin Malik Ia berkata;
Kami meruqyah di masa jahiliyyah lalu kami berkata Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapat mu tentang perkara itu?` Beliau menjawab Perlihatkanlah ruqyah kamu sekelian kepadaku. Tidak mengapa melakukan ruqyah selama ia tidak mengandungi syirik.
Para ulama telah bersepakat membolehkan ruqyah apabila para peruqyah menyakini bahawa ayat ayat Ruqyah tidak mempunyai pengaruh melainkan dengan izin ALLAH. Menggantungkan sesuatu di leher atau mengikatnya di salah satu anggota tubuh seseorang adalah Haram lagi Syirik.
Berdasarkan hadis di bawah ini
Dari Imran bin Al Husain bahwa Nabi melihat seseorang di tangannya ada gelang dari kuningan. Beliau bersabda Sesungguhnya ia tidak menambahkan anda selain kelemahan lemparkanlah dari anda. Sesungguhnya jika anda meninggal dan dia tetap bersama anda anda tidak akan beruntung selamanya.
Hadis yg diriwayatkan dari Uqbah bin Nafi` dari Rasulullah S.A.W.beliau bersabda :
"Barang siapa yg menggantung tamimah semoga Allah tidak mengabulkan keinginannya dan barang siapa menggantung wada`ah semoga ALLAH tidak mmberi ketenangan pada dirinya.
Dari Ibnu mas`ud saya mendengar Rasulullah bersabda sesungguhnya ruqa, tamimah dan tiwalah adalah Syirik".
Barang siapa menggantungkan tamimah bererti dia telah berbuat Syirik. Jika yg digantungkan adalah dari ayat-ayat Al Quran maka pendapat yg shahih adalah dilarang pula kerana tiga alasan
a. Bersumber dari hadis hadis Nabi yg melarang menggantungkan tamimah dan tidak ada dalil yg mengkhususkannya.
b. Menutup jalan yang membawa kepada pergantungkan kepada makhluk. Sebaliknya dianjurkan pergantungan kepada
ALLAH SWT kerana ALLAH SWT yg menyembuhkan penyakit bukan yang selainnya.
c. Jika ia menggantungkan dari yg demikian itu menjadi penghinaan dgn membawa serta di waktu buang air istinja` dan
jima` serta yg semisal dengannya.

Pengenalan
Sheikh Zahurin Al-Jawiah
Pengasas & Penasihat dan juga Ketua Perawat
Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura
Ketua Perawat
Community For Spiritual Healers Of Singapore
Perawat Darul Ruqiyyah Malaysia
Berpengalaman selama 16 tahun Guru guru saya yang saya hormati dan kasihi :
1) Ust.Prof.Jumadi Mustar
2) Ust.Suhaimi Mustar
3) Allahyarham Hj.Mohd
4) Ust.Amran Kasimin (Darussyifa)
5) Ust.Moktar Kassan (Darussyifa)
6) Ust.Muhammad Mihdhar Mahmood
7) Ust.Mohd Suhaimi Rozali (Darul Ruqiyyah)
Profil Saya : Pengasas & Penasihat Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura dan juga Ketua Perawat bagi Community For Spiritual Healers Of Singapore . Kami adalah kumpulan sokongan (support group) bagi mereka yang mengalami atau menderita masalah spiritual yang memerlukan bantuan. Kami, Perawat akan memberi panduan & sokongan untuk mengembalikan tahap keyakinan diri mereka. Berpengalaman selama 15 tahun, saya merawat kes kes seperti gangguan, sihir, kerasukkan, buang ilmu ilmu sesat, penyakit aneh atau misteri.
Mengarang beberapa buah buku panduan untuk berebagai masalah gangguan spiritual. Mengadakan kursus Rawatan untuk pesakit & pelajar untuk mempelajari cara membantu diri sendiri. Melatih & melahirkan Perawat melalui Bengkel Perawat Intensif. Aktif merawat di seluruh Singapura dan juga Malaysia tidak mengira bangsa atau agama. Pesakit pesakit dari luar negeri seperti Canada, UK, New Zealand & Australia.
My Profile: Founder and Advisor cum Senior Healer of Ruqyah Syar'iyyah Community Of Singapore and also Master Spiritual Healer of Community For Spiritual Healers Of Singapore. We are a support group (support group) for those who suffer or who have a spiritual problem that requires assistance. We, the Healers will provide assistance, guidance and support to restore their confidence level. Experienced for 15 years, I treat cases such as spiritual disturbance, sorcery, demonic possession, removal of black magic ritual practices, all weird ailments and diseases.
Written a number of guide books on different kind of spiritual disturbances. Conduct self help classes for patients and student on how to handle situation. Training for spiritual healers through workshop on how to perform exorcism and any thing related to it. Actively performing healing and exorcism in the community regardless of race, language or religion and also patients from overseas such as Canada, UK, New Zealand, Australia.

Bersama Guru saya, Ust.Mohd Suhaimi
Rozali, murid kepada Ulama Rawatan
Tersohor Mesir, Sheikh Abdul Wahid
Salaam Baali. Beliau juga Pengasas
Pusat Rawatan Darul Ruqiyyah Malaysia.
Misi & Sejarah
Misi Ruqyah Syar'iyyah ialah untuk meluruskan aqidah masyarakat Islam daripada terjerumus ke dalam perkara syirik dan khurafat.Dekatkan diri kepada ALLAH S.W.T.,mencintai Al-Quran & mengikuti As-Sunnah dengan mengambil pendekatan "Mencegah itu lebih baik dari merawat". Mengurangkan pergantungan kepada perawat dan menjauhi perkara perkara yang dimurkai ALLAH yakni SYIRIK