Knowledge. Respect. Sharing . Support
Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura
  • Laman Utama/Home
  • Profil Saya / My Profile
  • Sejarah KRSS
  • Hukum Ruqyah sebagai Profesi
  • Definasi Sihir & Gangguan / Definition Of Sorcery & Disturbance
  • Tanda dan Simptom yg diperlukan Ruqyah / Signs and symptom required to be Ruqyah
  • Kursus/Courses/Events
  • Rawatan / Treatment
  • Senarai Perawat Perawat KRSS
  • Galeri Foto Perawat KRSS
  • Galeri Kuliah Rawatan Ruqyah / Ruqyah Healing Classes
  • Galeri Aktiviti/Activity Gallery
  • Berdialog Dengan Jin / Dialog With The Jinn
  • Bahan Untuk Rawatan / Product Use For Treatment
  • Doa / Supplications
  • Bahan Syirik/Shirk Items
  • Berita Dunia / World News
  • Berita Ruqyah / Ruqyah News
  • Muhasabah Diri / Reflect Yourself
  • Multimedia / Video
  • Nota Rawatan
  • Ulasan Buku / Books Review
  • Soal Jawab / Question & Answer
  • Lain perkhidmatan/Other Services

Khasiat & kelebihan Minyak Zaitun
Terdapat 3 Jenis Minyak Zaitun

Picture

1.    Extra Virgin Olive Oil

Merupakan Minyak Zaitun yang paling murni dgn kadar keasidan 0.5-1 %.
Warna kekuning kuningan.

2.    Virgin Olive Oil

Kandungan asidnya sekitar 4%.Warna hijau kekuningan.

3.    Olive Oil

Kandungan asidnya melebihi 4%.Warna hijau kekuningan

 ALLAH berFirman di dalam Surah An Nuur Ayat 35

Allah Yang menerangi langit dan bumi. bandingan Nur hidayah petunjuk Allah (Kitab suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" Yang berisi sebuah lampu; lampu itu Dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang Yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan Dengan minyak dari pokok Yang banyak manfaatnya, (Iaitu) pokok zaitun Yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - Dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) Walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran Nur hidayah Yang demikian bandingannya adalah sinaran Yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada Nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal Perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

ALLAH berFirman di dalam Surah Al Mu’minuun Ayat 20

dan (Kami juga menumbuhkan untuk kamu) pokok Yang asal tumbuhnya di kawasan Gunung Tursina, Yang mengeluarkan minyak dan lauk bagi orang-orang Yang makan.

Imam Al-Qurtubi Rahimahullah berkata:Apa yang dimaksudkan dengan pohon zaitun ialah kerana ia banyak khasiatnya.

ALLAH berFirman di dalam Surah At Tiin Ayat 1

1. Demi buah Tiin dan Zaitun,

Ibnu Abbas r.a berkata:Ini merujuk kepada buah Tiin dan zaitun yang diketahui.Lalu ia mengatakan: pohon zaitun ialah pohon yang dimuliakan Allah.Diriwayatkan oleh Abu Usayd R.A berkata: Telah berkata Rasulullah S.A.W:

“Makanlah minyak zaitun dan sapukan ia di atas tubuh kamu,kerana ia datang dari pohon yang dirahmati Allah.”

Oleh kerana buah zaitun itu dapat memberi kesembuhan,ia juga boleh digunakan untuk rawat orang orang yang terkena sihir.

Pesakit digalakkan memakan ubat-ubatan dari minyak zaitun.

Penyembuh Pelbagai Penyakit

Namun bukan hanya untuk masak-memasak sahaja menyebabkan buah purba ni begitu digemari. Sejak berzaman ramai yang percaya bahawa buah ini merupakan ubat kepada pelbagai jenis penyakit.

Minyak zaitun boleh menyembuhkan gangguan mental dan masalah pencernaan. Selain itu banyak lagi kajian oleh pakar sains yang mengatakan bahawa minyak zaitun merupakan sejenis antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol (kolesterol jahat) yang menyumbat arteri jantung, penyebab utama serangan jantung. Penelitian ini diperkuatkan lagi dengan bukti bahawa jumlah penduduk Mediterranean yang terkena serangan jantung amat kecil berbanding penduduk dunia yang lain.

Proudly powered by Weebly