Knowledge. Respect. Sharing . Support
Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura
  • Laman Utama/Home
  • Profil Saya / My Profile
  • Sejarah KRSS
  • Hukum Ruqyah sebagai Profesi
  • Definasi Sihir & Gangguan / Definition Of Sorcery & Disturbance
  • Tanda dan Simptom yg diperlukan Ruqyah / Signs and symptom required to be Ruqyah
  • Kursus/Courses/Events
  • Rawatan / Treatment
  • Senarai Perawat Perawat KRSS
  • Galeri Foto Perawat KRSS
  • Galeri Kuliah Rawatan Ruqyah / Ruqyah Healing Classes
  • Galeri Aktiviti/Activity Gallery
  • Berdialog Dengan Jin / Dialog With The Jinn
  • Bahan Untuk Rawatan / Product Use For Treatment
  • Doa / Supplications
  • Bahan Syirik/Shirk Items
  • Berita Dunia / World News
  • Berita Ruqyah / Ruqyah News
  • Muhasabah Diri / Reflect Yourself
  • Multimedia / Video
  • Nota Rawatan
  • Ulasan Buku / Books Review
  • Soal Jawab / Question & Answer
  • Lain perkhidmatan/Other Services

Persinggahan Nyi Blorong Dan Nyi Roro Kidul

7/21/2013

1 Comment

 
Picture

Pengalaman merawat pada hari Sabtu 24hb May 2008
Lokasi : Woodlands Drive 50
Pesakit : Pembantu Rumah (Wanita 30an tahun)
Jenis Gangguan : Sihir
Jenis Jin : Ifrit Laut
Masa : 3 ptg
Nama Samaran
Pesakit : Sarimah & Yanti

Saya menerima panggilan dari Faizal, abang kepada Sarimah untuk temujanji rawatan. Faizal mengatakan Sarimah selalu sakit kepala dan mabuk dan anggota badannya terasa malas dari sejak mempunyai Pembantu Rumah. Ia belarutan sehingga 4 bulan lamanya. Sering bertengkar soal remeh temeh dengan suami. Beliau juga sering emosi dan tidak dapat melakukan aktiviti harian kerana  masalahnya ini.

Akhirnya Sarimah dan suami bersependapat untuk memanggil saya ke rumah untuk sesi rawatan Ruqyah. Setiba saya di rumahnya, Sarimah kelihatan lemah dan hanya bersandar di sofa. Saya menyuruh Sarimah memanggil Pembantu Rumahnya, Yanti untuk dirawat bersama.

Suaminya membawa Sarimah dan Yanti ke ruang tamu sebagai ruangan untuk merawat. Saya memulakan rawatan membaca ayat ayat Ruqyah (Al Quran). Seluruh anggota Sarimah lemah longlai seperti orang sedang mabuk. Kelopak matanya terbuka dan tertutup layu. Beliau seolah sedang berkhayal. Sarimah sesak nafas. Beliau kelihatan seperti seseorang yang sedang nazak. Manakala Yanti kelihatan diam dengan keadaan seperti normal. Apabila selesai pembacaan Ruqyah, saya memerintahkan Jin atau Syaitan supaya  menghentikan gangguan dan kezaliman yang mereka lakukan terhadap Sarimah dan  Yanti.

Saya terpandang Yanti menguntumkan senyuman. Sarimah kelihatan lemah dan tersandar di dinding. Maka makhluk yang bersama Yanti pun mulalah berdialog dengan saya.

Inilah dialog saya bersamanya.

Nyi Blorong : Apa khabar Pak Ustadz? (Gayanya seperti pernah saya lihat. Dia adalah Nyi Blorong)

Sheikh Zahurin : Nyi lagi apa?

Nyi Blorong : Lagi nonton Sinetron....Tadi sebelum kamu datang, ada seorang Dukun datang mahu merawat Sarimah. Itu Dukun penipu dan kuang ajar. Belum apa apa sudah cakap yang besar. Kononnya sudah banyak nangkap Jin sama Setan. Ternyata palsu. Dia hanya bersandiwara dengan Jin peliharaannya atas sebab mau uang. Itu aja.

Sheikh Zahurin : Oh....Begitu. Kenapa satu Penguasa Kerajaan Kraton, Nyi mengerjakan pekerjaan sebegini....Sihir!!!

Nyi Blorong : Upahnya bagus sih!!! Satu ekor kerbau itam dan 6 ribu wang Singapur. Siapa saja bisa mau....Ya Pak Ustadz.... 

Sheikh Zahurin : Kau jangan ganggu dia. Aku tidak akan biarkan kau sewenang wenang untuk lakukan apa yang kau suka.

Nyi Blorong : Lucu kamu Pak Ustadz!!!. Kamu tidak usah masuk campur!!!.

Tiba tiba sesuatu berlaku......Yanti  bertukar suara dan berkata : "Blorong!!!! Hentikan semua ini!!! Pulang saja!!!  Jangan merendahkan martabat kita dengan melakukan perbuatan ini. Maaf Pak Ustadz, saya Nyi Roro Kidul, Penguasa Pantai Selatan. Apa Pak Ustadz sudah tidak kenal sama saya".

Sheikh Zahurin : Ya...Saya masih ingat....

Nyi Roro Kidul : Pulang Blorong. Jikalau kamu ingkar. Aku tidak akan membantu mu. 

Nyi Blorong : Aku tidak perlukan bantuan mu, wahai sepupuku!!!!!!. 

Nyi Roro Kidul : Baiklah....Pak Ustadz apa yang perlu  lakukan..........Silakan saja........

Sheikh Zahurin : Blorong!!!! Hentikan dan pulang saja!!! .

Nyi Blorong : Ayuh! Kita beradu handal.......Siapa yang gagah bisa teruskan apa mahunya!!!!!

Sheikh Zahurin : Silakan!!! Saya bacakan ayat Ruqyah.......Ia terpekik pekik dan mahu keluar....

Nyi Blorong : Brengsek!!! Kali ini kau menang!!! Aku keluar..........

Sheikh Zahurin : Keluar dari mana?

Nyi Blorong : Dari mulut!!!!.

Sheikh Zahurin : OK. Selepas aku azan, Nyi keluar.

Nyi Blorong : Baiklah.

Selesai azan, saya perintahkan Nyi Blorong untuk keluar..............

Setelah mereka sedar, saya tarbiyahkan Yanti dan Sarimah. Saya menanyakan mereka tentang Solatnya.. Keduanya tidak bersolat. Saya tarbiyahkan mereka berdua dan berikan beberapa tips penjagaan pada Yanti dan Sarimah. Setelah itu, saya pulang.  Sekian.

1 Comment
Lesbian Escort Sterling Heights link
5/28/2025 11:16:55 pm

This is a fascinating account of your Ruqyah session.

Reply



Leave a Reply.

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    October 2015
    February 2014
    January 2014
    July 2013

    Categories

    All

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly