Knowledge. Respect. Sharing . Support
Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura
  • Laman Utama/Home
  • Profil Saya / My Profile
  • Sejarah KRSS
  • Hukum Ruqyah sebagai Profesi
  • Definasi Sihir & Gangguan / Definition Of Sorcery & Disturbance
  • Tanda dan Simptom yg diperlukan Ruqyah / Signs and symptom required to be Ruqyah
  • Kursus/Courses/Events
  • Rawatan / Treatment
  • Senarai Perawat Perawat KRSS
  • Galeri Foto Perawat KRSS
  • Galeri Kuliah Rawatan Ruqyah / Ruqyah Healing Classes
  • Galeri Aktiviti/Activity Gallery
  • Berdialog Dengan Jin / Dialog With The Jinn
  • Bahan Untuk Rawatan / Product Use For Treatment
  • Doa / Supplications
  • Bahan Syirik/Shirk Items
  • Berita Dunia / World News
  • Berita Ruqyah / Ruqyah News
  • Muhasabah Diri / Reflect Yourself
  • Multimedia / Video
  • Nota Rawatan
  • Ulasan Buku / Books Review
  • Soal Jawab / Question & Answer
  • Lain perkhidmatan/Other Services

Enam kelemahan bangsa jin

10/4/2015

0 Comments

 
Picture
MESKIPUN Jin dan Syaitan memiliki kemampuan kemampuan yang tidak dimiliki oleh manusia, akan tetapi Al Qur’an dengan tegas mengatakan bahawa hakikatnya Syaitan dan tipu dayanya itu adalah lemah. Berikut adalah beberapa macam kelemahan jin , di antaranya:

1. Tidak dapat mengalahkan orang orang soleh.

Bukti bahawa Syaitan atau jin tidak akan dapat mengalahkan orang soleh adalah perkataan syaitan sendiri ketika berdialog dengan Allah dalam surah al-Hijr ayat 39-

"Iblis berkata:" Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka ".

Surah Al- Hijr Ayat 39-40

Dari ayat ini dapat difahami bahawa yang menyebabkan syaitan itu dapat menguasai seseorang adalah kerana perbuatan dosanya. Ketika seseorang itu dekat dengan Allah, maka syaitan pun akan lari dan tidak akan pernah berani mendekatinya apalagi menguasainya

2. Syaitan takut dan lari dari sebahagian hamba ALLAH

Apabila seseorang benar mengamalkan ajaran agamanya dengan benar serta mengukuhkan keimanannya dengan bersungguh sungguh, maka syaitan pun akan takut dan lari. Perkara ini terdapat pada diri Sayyidina Umar bin Khattab RA. Dalam sebuah hadis riwayat Imam Tirmidzi. Rasulullah SAW bersabda kepada Umar: "Sesungguhnya syaitan sangat takut olehmu, wahai Umar"

Hadis Riwayat
Tirmidzi

Bukan hanya kepada Umar, akan tetapi syaitan (jin kafir) juga akan takut kepada orang beriman yang teguh dengan keimanannya. Dalam al-Bidayah wan Nihayah, Ibnu Katsir pernah mengutip sebuah hadis berikut ini:

"Sesungguhnya orang mukmin akan dapat mengawal (mengalahkan) syaitannya sebagaimana salah seorang dari kalian yang dapat mengawal untanya ketika perjalanan"

Hadis Riwayat  Ahmad).

Bahkan, apabila seseorang betul-betul dan terus menerus taat dan soleh, dia boleh membawa qarinnya (penyertanya, kerana setiap manusia itu pasti disertai oleh syaitan (jin kafir) di sebelah kirinya dan malaikat di sebelah kanan atau sering disebut dengan qarin) masuk Islam. Hal ini sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim berikut ini:

 3. Jin takluk dan taat kepada Nabi Sulaiman.

Di antara mukjizat Nabi Sulaiman adalah dapat menaklukan Jin dan Syaitan sehingga semuanya boleh bekerja atas perintahnya. Hal ini sebagaimana ditegaskan dalam ayat al-Qur'an berikut ini dalam surat Shad Ayat 36-38:

"Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana saja yang dikehendakinya, dan (Kami tundukkan pula kepadanya) syaitan-syaitan semuanya ahli bangunan dan penyelam, dan syaitan yang lain yang terikat dalam belenggu"

​Surah Shad Ayat 36-38

Mukjijat ini diberikan kepada Nabi Sulaiman sebagai pengabulan atas doanya yang mengatakan:
"Dan berikanlah kepadaku kerajaan yang tidak diberikan kepada seseorang setalahku"

Surah Shad Ayat 35

Doa Nabi Sulaiman inilah yang menyebabkan Rasulullah tidak jadi untuk mengikat jin yang datang dengan melemparkan anak panah ke muka beliau. Dalam sebuah hadis Muslim dikatakan:

"Dari Abu Darda berkata:" Suatu hari Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bangun, tiba-tiba kami mendengar Rasulullah mengatakan: "Aku berlindung kepada Allah darimu", kemudian Rasulullah SAW juga berkata: "ALLAH telah melaknatmu" sebanyak tiga kali. Rasulullah lalu menghamparkan tangannya seolah-olah beliau sedang menerima sesuatu. Ketika Rasulullah selesai solat, kami bertanya: "Wahai Rasulullah, kami mendengar anda mengatakan sesuatu yang belum pernah kami dengar sebelum ini. Kami juga melihat anda membukakan kedua-dua tangan anda ". Rasulullah menjawab: "Barusan Iblis, musuh ALLAH datang membawa anak panah api untuk dipasang di muka saya, lalu aku berkata:" Aku berlindung kepada ALLAH darimu "sebanyak tiga kali, kemudian saya juga berakata:" ALLAH telah melaknatmu dengan laknat yang sempurna "sebanyak tiga kali. Kemudian saya bermaksud untuk mengambilnya. Seandainya saya tidak ingat doa saudara kami, Sulaiman, tentu saya akan mengikatnya sehingga menjadi mainan anak-anak penduduk Madinah "

Hadis Riwayat Muslim

4. Jin atau syaitan tidak boleh menyerupai Rasulullah
​
Syaitan dan Jin tidak dapat menyerupai bentuk dan muka Rasulullah SAW. Oleh kerana itu, apabila seseorang bermimpi melihat Rasulullah SAW, maka ia sungguh telah melihatnya. Dalam hadits shahih dikatakan:

“Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang bermimpi melihatku, maka dia sungguh telah melihatku, karena setan tidak dapat menyerupaiku”

Hadis Riwayat Muslim

5. Jin dan Syaitan tidak dapat melewati batas-batas tertentu di langit

Sekalipun jin dan Syaitan mempunyai kelebihan dapat bergerak dengan cepat, akan tetapi mereka tidak akan dapat melewati batas-batas yang sudah ditetapkan yang tidak dapat dilalui selain oleh para malaikat. Kerana apabila mereka berani melaluinya, maka mereka akan binasa dan hancur. Oleh sebab itu, jin tidak dapat mengetahui dan mencuri maklumat dari langit sehingga apa yang dibisikkannya ke tukang-tukang ramal dan dukun adalah kebohongan semata. Untuk lebih jelasnya akan hal ini, dapat dilihat dalam surah al-Rahman ayat 33-35).

6. Jin tidak dapat membuka pintu yang sudah ditutup dengan menyebut nama ALLAH

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda:

“Rasulullah SAW bersabda: “Tutuplah pintu-pintu, dan sebutlah nama Allah (ketika menutupnya), karena setan tidak akan membuka pintu yang sudah terkunci dengan menyebut nama Allah. Tutup jugalah tempat air minum (qirab dalam bahasa Arab adalah tempat menyimpan air minum yang terbuat dari kuit binatang) dan bejana-bejana kalian  sambil menyebut nama Allah, meskipun kalian hanya menyimpan sesuatu di dalamnya dan (ketika hendak tidur), matikanlah lampu lampu kalian”

Hadis Riwayat Muslim
0 Comments

Kenapa SYAITAN & IBLIS Berdendam Pada MANUSIA?

2/26/2014

0 Comments

 
Mari mulakan kisah ini dengan penciptaan makhluk ALLAH SWT yang pertama di muka bumi. Ibnu Abbas ra mengatakan, “Setelah ALLAH SWT menyempurnakan penciptaan langit dan bumi dengan segala sifatnya, gunung-gunung telah ditegakkan, angin telah dilepaskan, di bumi telah ada binatang binatang liar dan bermacam macam burung, maka buah buahan mengering dan berjatuhan ke bumi dan di bumi tumbuh rumput rumput yang satu sama lain saling memerlukan. Pada masa itu, bumi mengadukan persoalan tersebut kepada ALLAH SWT Atas pengaduan itu, ALLAH SWT menciptakan umat yang beraneka ragam dan berlainan jenis, yang diberi nama Jin.

Didalam Al-Quran disebutkan tiga jenis makhluk berakal yang diciptakan ALLAH SWT yaitu manusia, jin, dan malaikat. Manusia dan Jin memiliki tujuan penciptaan yang sama kerana sama-sama memiliki akal yang dinamis dan nafsu namun hidup pada dimensi yang berbeda. Sedangkan malaikat hanya memiliki akal yang statis dan tidak memiliki nafsu kerana tujuan penciptaanya sebagai pesuruh ALLAH.” 

ALLAH berFirman didalam Surah Al-Dzariyyat Ayat 56

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.”Jin adalah makluk yang dicipta sebelum Adam. 

ALLAH berFirman didalam Surah Al Hijr Ayat 27].

“Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas”. Jin adalah generasi pertama yang diciptakan oleh Allah dimuka bumi sebelum penciptaan Adam dalam beberapa peringkat generasi Jin, sebelum generasi itu diganti dengan generasi Adam.

ALLAH berFirman didalam Surah Al-An’am Ayat 6

“Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain. Mereka mempunyai jiwa dan aktiviti. Lalu mereka bertebaran seperti debu halus kerana jumlah mereka yang sangat banyak.

Tanah datar, pergunungan, dan berbagai pelosok dunia telah dipenuhi oleh mereka. Mereka tinggal permukaan bumi dalam jangka waktu yang dikehendaki oleh ALLAH SWT. Di antara mereka ada yang putih, hitam, merah, kuning, berbintik-bintik kecil dan besar, pekak, buta, cantik, buruk, kuat, lemah, perempuan, dan lelaki. Satu sama lain berkahwin dan melahirkan keturunan. Mereka disebut Jin kerana mereka kabur, tidak kelihatan, jtinan iaitu tertutup dari perlihatan manusia sepertimana keadaan perasaan hati (jinan) pada manusia.

Makhluk ini tidak boleh dilihat oleh manusia kecuali kepada orang yang mempunyai ilmu kasyaf. 

ALLAH berFirman didalam Surah Al-a'raf Ayat 27

"...sesungguhnya dia dan pengikutnya melihat kamu, dari sesuatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka..."

Setelah mereka memenuhi bumi dan dunia kian sempit kerana mereka terus bertambah, bertambah juga kerosakan kerana mereka, maka Allah mengirimkan angin taufan kepada mereka. Angin tersebut membinasakan mereka. Hanya sedikit dari mereka yang tinggal. Mereka adalah yang pertama kali membuat rumah, membelah batu, memburu burung, dan binatang liar.Semua itu terus-menerus mereka lakukan dalam waktu yang lama. Kemudian satu sama lain di antara mereka saling berlaku aniaya, akibatnya mereka saling berperang. 

Namun, perangnya bukan menggunakan senjata. Sebahagian di antara mereka melenyapkan sebahagian yang lain dengan mengepung rumah-rumah sehingga mereka yang terkepung binasa kerana lapar dan haus.Setelah tindakan kerosakan yang dilakukan mereka kian memuncak, maka Allah mengirimkan umat yang berasal dari laut kepada mereka yang jasad-jasadnya lebih besar daripada mereka dan bentuknya lebih menakjubkan, yang disebut sebagai Ibin Jan. Ibin Jan adalah generasi ke dua kenabian dari bangsa jin.

Umat tersebut menyerbu mereka sehingga kaum Jin binasa, tidak satu pun yang tinggal.Jin hanya tinggal di bumi lebih kurang 500 tahun. Setelah itu, bumi dikuasai oleh Ibin Jaan. Mereka berkahwin antara satu sama lain, melahirkan keturunan dan berkembang biak semakin banyak sehingga bumi kian penuh. Sebahagian di antara mereka suka menengelamkan ke bumi lapis ketujuh dan menetap di sana untuk beberapa hari. Bagi mereka tidak ada tempat yang terhalang. 

Mereka adalah yang pertama kali menggali perigi, membuat sungai, dan mengalirkan air dari sumber-sumbernya dan dari laut. Mereka adalah yang pertama kali membuat mesin/roda, membina jambatan di atas air, menangkap ikan di lautan, dan memburu binatang-binatang liar di wilayah yang tidak berpenduduk.Oleh kerana itu, semua binatang, baik di daratan mahu pun di lautan, mengadukan urusan tersebut kepada ALLAH SWT dan kerosakan yang disebabkan oleh mereka kian bertambah. Maka, Allah menciptakan makhluk baru yang berada di sisinya, yang bernama Abu Jan atau bapak seluruh jin.

Abu jaan telah turun ke bumi dan melahirkan generasi Banul Jan atau anak jin baik , kuat dan cerdas yang hidup sampai akhir zaman. Ibnu Abbas ra mengatakan bahawa mereka memiliki jenis yang berbagai jenis. Di antara mereka ada yang disebut dengan Nahabir, ada juga yang disebut Nahamir. Umat ini kelakuannya seperti manusia, suka makan, minum, dan berketurunan. Di antara mereka ada yang Mu’min dan ada juga yang kafir. Allah menjadikan malaikat sebagai penghuni langit dan menjadikan Banul Jan sebagai penghuni bumi.

Telah diriwayatkan, ketika Abu Jan turut ke bumi, beliau telah meminta kepada Allah agar salah satu keturunan hambanya yang bernama Iblis diperkenankan Allah untuk terus tinggal di syurga, diberi kekuatan seperti penghuni pertama (Malaikat) dan diberi kecerdasan melebihi makluknya pada saat itu. Kemudian turunlah Abu Jan dan lahirlah keturuan Banul Jan tinggal di bumi. Setelah tinggal di bumi, mereka berperang dengan Bin. Banul Jan terlalu kuat bagi Bin hingga mereka mampu menghancurkan Bin sampai tidak ada satu pun yang tinggal.

Mereka berkahwin satu sama lain dan melahirkan keturunan sehingga bumi ini penuh. Abu Jan diangkat sebagai pemimpin seluruh makhluk di bumi pada masa itu dan sangat beriman kepada Allah. Beliau beribadah kepada Allah dan menjadi guru bagi anak keturunannya sampai beliau wafat. Kemudian keturunannya Banul Jan bertambah banyak, kuat-kuat dan cerdas-cerdas. Ilmunya sangat hebat dan dari kelahiran Abu Jaan sampai keturunan Banul Jan belum ada pembinasaan dari ALLAH SWT Mereka hidup berkoloni menjadi beberapa bahagian.

Seterusnya, di antara mereka timbul kedengkian dan aniaya. Di antara mereka banyak terjadi pertumpahan darah. Sebahagian dari mereka mengganggu sebahagian lainnya. Kerajaan-kerajaan Banul Jan kebanyakan hancur bahkan seumpama neraka. Kehancuran mereka adalah peperangan dan penindasan yang tidak akan pernah berakhir. Kezaliman mereka di luar batas, bahkan mereka tidak mengakui jika ada Tuhan yang menciptakan mereka. Sungguh derhaka mereka kepada Tuhannya yang telah mengasihi mereka selama ini.

Atas kejadian ini, bumi mengadu kepada Tuhannya. Ketika inilah Iblis yang keturunanya paling dimuliakan dari kalangan Jin lahir dan diangkat ke syurga seperti yang dijanjikan. Iblis hidup mengabdikan diri kepada Allah dan hidup bersama penghuni pertama (Malaikat). Iblis adalah generasi ke empat kenabian dari bangsa jin. Iblis adalah makluk dari golongan Jin yang paling kuat, cerdik dan cerdas. Pada awalnya, si Iblis ini menyembah kepada ALLAH SWT baik di bumi mahu pun di langit.

Akan tetapi, kemudian dia ujub dengan dirinya dan dia dipengaruhi ketakaburan (merasa besar). Dalam keadaan demikian, Allah melihat apa yang ada di dalam hatinya. Iblis adalah makluk Allah yang dididik oleh malaikat sehingga ‘alim seperti malaikat, namun sifat takabburnya telah membuatkan Allah murka dan melaknatnya sehingga akhirat. Iblis sangat cerdas dan pandai, dia mempunyai kehebatan yang luar biasa, bahkan Penghuni Pertama (Malaikat) pun merasa takjub dengan kehebatan yang di miliki Iblis.

Suatu ketika Iblis dan malaikat bertanding mengadakan ibadah yang paling lama kepada Tuhan. Golongan Malaikat sujud satu hari tanpa bangun, maka iblis akan bersujud tujuh hari tanpa bangun. Bayangkan ibadah Iblis kepada Tuhannya sungguh alim luar biasa. Kerana alimnya dia, maka segala ilmu-ilmu di kuasai Iblis dengan sangat cepat.Iblis bersumpah di dalam darahnya dan jiwanya, bahawasanya dia akan menjadi penghulu bagi seluruh makhluk di alam semesta ini.

Iblis terus berusaha mencari ilmu-ilmu baru dan mencuba sehingga ilmu itu berhasil. Ilmu yang paling ingin dikuasai dari segala ilmunya adalah ilmu untuk mengetahui masa hadapan dari alam semesta, namun hanya Allah yang mengetahui tentang masa hadapan. Disinilah bermulanya kisah Iblis yang dahulunya darjatnya diangkat Allah. Ketika terjadi peperangan diantara kaum Banul Jan. ALLAH SWT telah mengutus bala tentara malaikat untuk meleraikan perbalahan dan pertumpahan darah yang berlaku. Bala tentera ini diketuai oleh Iblis yang dahulunya bernama ‘Azazil. Iblis pada mulanya adalah bala tentera malaikat. Iblis bersama rombongannya mengusir kaum Banul Jan dari bumi.

Akibatnya mereka bertempiaran lari menghuni ke gunung-gunung dan pulau-pulau kecil serta tinggal di sana. Iblis telah merampas bumi dari mereka.Dinasti kerajaan para Banul Jan telah hancur dan musnah. Mereka terpecah belah menjadi beberapa golongan dan tidak mempunyai pemimpin yang kuat. Kemampuan mereka menjadi lemah dan mereka telah digantikan dengan Bangsa Jin yang lebih kecil kemampuannya dan juga kemampuan kegaibannya tidak seberapa. Bangsa jin sekarang tidak seperti mereka yang dahulu yg tinggi ilmunya terutama ilmu keghaiban.

Pada ketika itu Azazil mempunyai kekuatan yang tidak dapat ditandingi kerana dia adalah satu-satunya penguasa kerajaan yang masih utuh dan turut menghuni kerajaan di Syurga bersama dengan Penghuni Pertama (Malaikat). Dia merasa bangga di muka Bumi dan dalam diam Azazil telah membuat kerajaan baru di muka Bumi. Kerajaan Azazil tergantung di atas air (Bermuda Triangle), kerajaaannya sangat besar dan sangat luar biasa megahnya. Seluruh bangsa jin tunduk dan takhluk dihadapan Azazil mereka berikrar akan selalu setia kepadanya.

Sesungguhnya ALLAH SWT maha mengetahui apa yang dirancang oleh Azazil Maka Allah menjadikan makhluk baru untuk menggantikan kepemimpinan bangsa jin di muka bumi yang nantinya akan mengetuai seluruh makhluk Bumi. Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,

ALLAH SWT berFirman didalam Surah Al Baqarah Ayat 30

“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” 

Rahsia ayat di dalam surah Al-Baqarah mengenai pernyataan para malaikat,

“Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu (makhluk) yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?”

ALLAH SWT berfirman,
“Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”

Ia merujuk kepada makhluk makhluk yang diceritakan terdahulu, iaitu Jin, Ibin Jan  dan Banul Jan. Dikisahkan tatkala Nabi Adam A.S sudah diarak mengelilingi langit, kemudian diarak pula menuju bumi. Di bumi, pada waktu itu terdapat para Malaikat bersama Azazil ALLAH SWT memerintahkan kepada para Malaikat dan Azazil untuk bersujud sebagaimana Firman ALLAH SWT didalam Surah Al Baqorah Ayat 34

" Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada para Malaikat : Sujudlah kamu kepada Adam, ' maka sujudlah mereka kecuali Azazil”.

Para Malaikat yang melihat Azazil tidak bersujud, bergumam di dalam hatinya:

"Siapa yang telah tidak mau bersujud, itulah Azazil dan dialah (akan) menjadi iblis.Para Malaikat sekali lagi bersujud, sujud syukur kali ini, iaitu memuji kurnia ALLAH SWT terhadap Nabi Adam A.S. Para malaikat akan selalu menjunjung tinggi dan menuruti segala apa yang di firmankanNya, serta tidak akan mengikuti segala apa yang tidak diperintahkanNya.

Oleh kerana itu, para malaikat hingga kini selalu taat terhadap perintah ALLAH SWT. Perilaku Iblis yang tidak menuruti perintah ALLAH SWT menjadi pertanyaan, Firman  ALLAH SWT didalam  Surah Sad Ayat 75

"Hai Iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Ku ciptakan dengan kedua tangan-Ku?. Jawab Iblis," Aku lebih baik darinya, kerana Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia( Adam) Engkau ciptakan dari tanah".Hai Iblis, keluarlah engkau di bawah langitKu dan dari atas bumiKu, dan keluarlah engkau dari rupa malaikatKu, masuklah engkau pada rupa iblis, dan engkau kaku tiada berkesudahan." Maka Azazil pun berubah menjadi rupa Iblis. Matanya menjadi menonjol keluar. ALLAH SWT mengherdiknya Surah Sad  Ayat 77~78

“Kalau begitu keluarlah kamu dari Syurga” Sesungguhnya kamu adalah makhluk yang terkutuk”. Iblis Lalu berkata : "Kerana Adamlah maka aku Engkau murkai, dan nikmat dari Mu Engkau ambil dari hambaMu, ya Tuhanku,perkenankan pinta hambaMu, maka beranilah hambaMu datang sembah ke hadiratMu, Ya Tuhanku". Jawab ALLAH SWT, " Telah- Ku perkenankan pintamu itu. Datang sembahlah engkau hai Iblis."Iblis berkata  di dalam Surah Sad Ayat 79

“Ya Tuhanku, tangguhkanlah aku sampai hari mereka dibangkitkan.” ALLAH SWT memperkenankan pemohonan Iblis, Surah Sad Ayat 80~81

“Maka sesungguhnya kamu termasuk golongan yang diberi penangguhan, sampai pada hari yang telah ditentukan waktunya (hari kiamat)”.Iblis menjawab, didalam  Surah Sad Ayat 82 ~ 83

" Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang terpilih di antara mereka. Allah berfirman didalam Surah Sad Ayat 84~85

"Maka yang benar
(adalah sumpah-Ku) dan hanya kebenaran itulah yang Kukatakan dan " Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka Jahannam dengan jenis kamu dan dengan orang-orang yang mengikuti kamu di antara mereka kesemuanya.”Sejak kejadian itu, dendam mulai merasuki hati Iblis terhadap nabi Adam a.s dan anak cucunya. Iblis berupaya dengan segala cara untuk menyesatkan mereka semua. Kerana baginya segala keistimewaanya telah dirampas oleh manusia. Dan itulah pekerjaan tetapnya sehingga hari kiamat datang.

Wallahu’alam
Picture
0 Comments

Nephilim : Children Of Demons

1/19/2014

0 Comments

 
By Craig von BuseckCBN.com Contributing Writer 

CBN.com – A viewer writes:I have questions regarding "the sons of God" and giants from Genesis 6. Some Bible teachers believe that angels took the form of flesh (actual incarnation) to engender offspring with women, thus "Giants" came into being (Nephilim). What do you believe?This theological position from Genesis 6 is common -- that fallen angels had sex with humans to create a race of giants -- but I don't subscribe to it.This is is what the Bible says about the Nephilim:The Nephilim were on the earth in those days, and also afterward, when the sons of God came in to the daughters of men, and they bore children to them.

Those were the mighty men who were of old, men of renown. (Genesis 6:4, NASB)A basic premise in the doctrine of man's earthly dominion is that God gave His delegated authority to human beings on this planet. And God made only man as a fleshly being with a soul. Demons, which most theologians believe are fallen angels, have a soul/spirit, but no body. Animals have a body and mind, but no eternal soul/spirit.

Man is uniquely made in God's image as a triune being -- spirit, soul (mind, will, and emotions), and body.God gave dominion to man on the earth to rule as His regent because man was made in His image as a triune being. So only a triune man, made out of the dust of the earth, can have dominion under God. Demons cannot take on flesh -- there is nowhere in the Bible that says that they can.

Of course we know that angels, both heavenly and fallen, can appear in human form, but they remain spirit beings only.Also, in Genesis chapter one, God says in verse 24, "...Let the earth produce living creatures according to their 'kinds'..." A fish can not produce with a bird. And a man cannot produce with an animal -- or a demon. All creatures on the earth produce only according to their 'kind'.In the passage in question, we see that the Bible says:"...'the sons of God' saw that the daughters of man were beautiful..."The Hebrew for the term "sons of God" is ben elohim, which means literally "sons of God."

A key of biblical interpretation is to allow the Scripture to interpret itself. People fall into error when they try to make the Bible say something to fit their particular doctrinal position when the text does not say it. In this case, the text simply says 'sons of God', which is a designation for humans. There is nowhere in the Bible where demons are called 'sons', and especially not 'sons of God.' There are three passages in Job that refer to the 'sons of God', that seem to indicate that these were godly angels, since mankind had not received access to God's presence before the resurrection of Christ, and Demons had been expelled from God's presence.:

Now there was a day when the sons of God came to present themselves before the LORD, and Satan also came among them. (Job 1:6, NASB)Again there was a day when the sons of God came to present themselves before the LORD, and Satan also came among them to present himself before the LORD. (Job 2:1, NASB)

When the morning stars sang together and all the sons of God shouted for joy… (Job 38:7, NASB)Throughout the rest of the Bible, and particularly in the New Testament, when the term 'sons of God' is used it is referring to human beings.In the genealogy of Jesus, Luke writes in chapter 3:38, '...son of Seth, son of Adam, son of God.'Jesus referred to human beings as 'sons of God.'"Blessed are the peacemakers, for they shall be called sons of God. (Matt. 5:9, NASB)

Jesus said to them, "The sons of this age marry and are given in marriage,  but those who are considered worthy to attain to that age and the resurrection from the dead, neither marry nor are given in marriage; for they cannot even die anymore, because they are like angels, and are sons of God, being sons of the resurrection. (Luke 20:36, NASB)Paul also referred to humans as "sons of God":For all who are being led by the Spirit of God, these are sons of God. (Romans 8:14, NASB)

For the anxious longing of the creation waits eagerly for the revealing of the sons of God. (Romans 8:19, NASB)For you are all sons of God through faith in Christ Jesus. (Gal. 3:26, NASB)In Gen. 6:3, God says, "My Spirit will not remain with 'mankind' forever, because they were corrupt." It says "mankind" -- not a mix of man and demon. In verse 4 it says the Nephilim were "...powerful men..."

Again, not powerful demon-men.And in verse 7, "...the Lord said, 'I will wipe off the face of the earth: man, whom I created...'" Here we see an explicit reference to who and what God intended to bring judgement to -- man. God says nothing about demons or fallen angels here. That which God created, man, would be destroyed -- with the exception of righteous Noah. God alone is the Creator. Demons and angels do not have the power to create, so they could not have re-created, or reproduced with human beings.

If these were a separate race created by demons reproducing with men -- which would not be something God created -- then I believe God would have made it clear that the demon-men were being destroyed along with the regular men.But God only says that He will destroy MAN who he created.If the demons were reproducing offspring with humans then, why don't we see any other instance of this in the Bible -- and why aren't they doing it today? The answer, I believe, is that it simply isn't possible.We need to be careful that we don't try to force the Bible to say what it doesn't actually say.

This is how cults and false religions are started and grow. Instead, we must use proper biblical interpretation that lets the Bible say what it says, adding nothing and taking nothing away. God is sovereign, and He set the parameters for reproduction in Genesis chapter one, and no one, and no thing can reproduce outside of His plan.This should give us great comfort.
Picture
0 Comments

Persinggahan Nyi Blorong Dan Nyi Roro Kidul

7/21/2013

0 Comments

 
Picture

Pengalaman merawat pada hari Sabtu 24hb May 2008
Lokasi : Woodlands Drive 50
Pesakit : Pembantu Rumah (Wanita 30an tahun)
Jenis Gangguan : Sihir
Jenis Jin : Ifrit Laut
Masa : 3 ptg
Nama Samaran
Pesakit : Sarimah & Yanti

Saya menerima panggilan dari Faizal, abang kepada Sarimah untuk temujanji rawatan. Faizal mengatakan Sarimah selalu sakit kepala dan mabuk dan anggota badannya terasa malas dari sejak mempunyai Pembantu Rumah. Ia belarutan sehingga 4 bulan lamanya. Sering bertengkar soal remeh temeh dengan suami. Beliau juga sering emosi dan tidak dapat melakukan aktiviti harian kerana  masalahnya ini.

Akhirnya Sarimah dan suami bersependapat untuk memanggil saya ke rumah untuk sesi rawatan Ruqyah. Setiba saya di rumahnya, Sarimah kelihatan lemah dan hanya bersandar di sofa. Saya menyuruh Sarimah memanggil Pembantu Rumahnya, Yanti untuk dirawat bersama.

Suaminya membawa Sarimah dan Yanti ke ruang tamu sebagai ruangan untuk merawat. Saya memulakan rawatan membaca ayat ayat Ruqyah (Al Quran). Seluruh anggota Sarimah lemah longlai seperti orang sedang mabuk. Kelopak matanya terbuka dan tertutup layu. Beliau seolah sedang berkhayal. Sarimah sesak nafas. Beliau kelihatan seperti seseorang yang sedang nazak. Manakala Yanti kelihatan diam dengan keadaan seperti normal. Apabila selesai pembacaan Ruqyah, saya memerintahkan Jin atau Syaitan supaya  menghentikan gangguan dan kezaliman yang mereka lakukan terhadap Sarimah dan  Yanti.

Saya terpandang Yanti menguntumkan senyuman. Sarimah kelihatan lemah dan tersandar di dinding. Maka makhluk yang bersama Yanti pun mulalah berdialog dengan saya.

Inilah dialog saya bersamanya.

Nyi Blorong : Apa khabar Pak Ustadz? (Gayanya seperti pernah saya lihat. Dia adalah Nyi Blorong)

Sheikh Zahurin : Nyi lagi apa?

Nyi Blorong : Lagi nonton Sinetron....Tadi sebelum kamu datang, ada seorang Dukun datang mahu merawat Sarimah. Itu Dukun penipu dan kuang ajar. Belum apa apa sudah cakap yang besar. Kononnya sudah banyak nangkap Jin sama Setan. Ternyata palsu. Dia hanya bersandiwara dengan Jin peliharaannya atas sebab mau uang. Itu aja.

Sheikh Zahurin : Oh....Begitu. Kenapa satu Penguasa Kerajaan Kraton, Nyi mengerjakan pekerjaan sebegini....Sihir!!!

Nyi Blorong : Upahnya bagus sih!!! Satu ekor kerbau itam dan 6 ribu wang Singapur. Siapa saja bisa mau....Ya Pak Ustadz.... 

Sheikh Zahurin : Kau jangan ganggu dia. Aku tidak akan biarkan kau sewenang wenang untuk lakukan apa yang kau suka.

Nyi Blorong : Lucu kamu Pak Ustadz!!!. Kamu tidak usah masuk campur!!!.

Tiba tiba sesuatu berlaku......Yanti  bertukar suara dan berkata : "Blorong!!!! Hentikan semua ini!!! Pulang saja!!!  Jangan merendahkan martabat kita dengan melakukan perbuatan ini. Maaf Pak Ustadz, saya Nyi Roro Kidul, Penguasa Pantai Selatan. Apa Pak Ustadz sudah tidak kenal sama saya".

Sheikh Zahurin : Ya...Saya masih ingat....

Nyi Roro Kidul : Pulang Blorong. Jikalau kamu ingkar. Aku tidak akan membantu mu. 

Nyi Blorong : Aku tidak perlukan bantuan mu, wahai sepupuku!!!!!!. 

Nyi Roro Kidul : Baiklah....Pak Ustadz apa yang perlu  lakukan..........Silakan saja........

Sheikh Zahurin : Blorong!!!! Hentikan dan pulang saja!!! .

Nyi Blorong : Ayuh! Kita beradu handal.......Siapa yang gagah bisa teruskan apa mahunya!!!!!

Sheikh Zahurin : Silakan!!! Saya bacakan ayat Ruqyah.......Ia terpekik pekik dan mahu keluar....

Nyi Blorong : Brengsek!!! Kali ini kau menang!!! Aku keluar..........

Sheikh Zahurin : Keluar dari mana?

Nyi Blorong : Dari mulut!!!!.

Sheikh Zahurin : OK. Selepas aku azan, Nyi keluar.

Nyi Blorong : Baiklah.

Selesai azan, saya perintahkan Nyi Blorong untuk keluar..............

Setelah mereka sedar, saya tarbiyahkan Yanti dan Sarimah. Saya menanyakan mereka tentang Solatnya.. Keduanya tidak bersolat. Saya tarbiyahkan mereka berdua dan berikan beberapa tips penjagaan pada Yanti dan Sarimah. Setelah itu, saya pulang.  Sekian.

0 Comments

Diari Seorang Perawat : Disihir Akibat Dendam Bekas Kekasih

7/21/2013

1 Comment

 
Picture
Diari Seorang Perawat : Disihir Akibat
Dendam Bekas Kekasih



Pengalaman merawat pada hari Isnin 26hb Julai
2010
Lokasi : Boon Lay, Barat Singapura
Pesakit : Wanita 30an tahun
Jenis Gangguan : Disihir Akibat Dendam Bekas Kekasih
Jenis Jin : Jin
Peringkat Alam Rendah dari jenis Puaka
Masa : 9mlm
Nama Samaran Pesakit : Siti

Saya di panggil oleh Ayah Siti untuk ke rumah untuk merawat Siti yang asyik mengilai dan mengganas dari sejak pagi di rumahnya.Setiba saya di rumahnya, Siti lari dan bersembunyi di balik pintu.Saya terus memulakan rawatan membaca ayat ayat Ruqyah (Al Quran). Siti berteriak sekuat hati. Siti sedang kerasukkan.Saya bertanyakan Siti namun beliau hanya berteriak dan menangis. Selepas berjaya dipujuk, akhirnya Jin jenis Puaka tersebut pun mula bercakap. Saya memulakan dialog dengannya.

Inilah perbualan saya bersamanya.

Saya : Engkau ni siapa? Apa kau mahu?

Puaka : Aku adalah Puaka. Aku dihantar untuk porak perandakan hidup Siti.

Saya : Apa salah dia ?

Puaka : Dia memutuskan hubungan dengan kekasihnya. Itu sebabnya. Kau pulak jangan kacau aku. Aku memang diperintahkan oleh bomoh untuk  menjalankan tugas. Aku kuat. Aku tak takut kau, Zahurin.

Saya : Hmm.....Aku takutkan ALLAH sahaja. Kau mesti keluar dari tubuh Siti. Dari mana asal kau?

Puaka : Tidak!!! aku berasal dari satu kolam yang besar di Melaka. Aku ambil arahan dari Bomoh aku sahaja. Darah Siti adalah imbalan ku !!! Kau faham!!!.

Dengan izin ALLAH, saya dapat menarik masuk Bomoh dari Melaka dan ini dialognya.

Saya : Kau berasal dari Melaka dan berapa upah kau?

Bomoh : Sungai Rambai dan upah ku $6000/- (Dollar Singapura) Kau jangan kacau urusan aku!!!

Saya : Kau batalkan sihir kau kalau tidak aku tidak ada pilihan melainkan aku tarik keluar segala ilmu kau dengan izin ALLAH!!!

Bomoh : Aku ni cari makan je. Kau jangan marah, aku gurau je.Kalau aku tarik diri, berapa kau nak bayar aku...hee...hee...

Saya : Kalau begitu aku bacakan Ayat ayat ALLAH agar kau diAZAB ALLAH !!!

Bomoh : Aku keluar!! Aku keluar!! Aku tak buat lagi. Aku ni banyak pelanggan. Tolong jangan apa apakan aku.

Saya : Bawak keluar Puaka kau tu dan Tangkal tangkal ghaib kau. Kalau kau datang lagi, aku bakar rumah kau. Faham !!! (Action je...Hang sikit je dah kelam kabut. Kau nak keluar dari mana?

Bomoh : Kaki kiri aku keluar

Saya : OK. Selepas aku azan, larilah kau bertempiaran.

Bomoh : Baiklah.

Selesai azan, saya perintahkan Bomoh dan Puaka untuk keluar

Saya tarbiyahkan Siti. Saya menanyakan tentang Solatnya ternyata tidak bersolat. Tidak pandai membaca Al Quran. Saya sarankan beberapa kelas pengajian pada Siti dan setelah itu, saya pun pulang. Sekian.


Under The Spell (Former Lover's Revenge)

From The Healer's Diary: Under The Spell (Former Lover's Revenge).
 
Dated on Monday
26th July 2010
Location: Boon Lay, Western part of
Singapore
Patient Gender : Women in Mid 30s
Types of disorders: Sorcery
Type Of Demon / Devil :  Demon from the  Lake
Period: 9 mths
Patient known as : Siti

I received a call from a man who informed me about his daughter was possessed by Demon. My service  is required to apprehend the situation. According to the caller, his daughter namely Siti had been showing signs of abnormality for about 3 days ago. I was requested by Siti's father to perform deliverance and treatment at their home. The situation was chaotic as Siti started to behave erratically and started to laugh hysterically.Upon my arrival at the said house Siti began to run and hide behind the main door. As soon as I saw the commotion, I started to recite verses from the Quran or Ruqyah. Siti screamed her heart out. She had  been possessed. I tried to calm her down but she continued screaming and crying. After much persuading, the Demon finally agreed to  talk.
 
IThis is my dialogue between the Demon.

Sheikh Zahurin : Who are you?  What do you want ?

Demon : I was a Demon from the Lake and I was sent to destroy Siti.

Sheikh Zahurin : What have she done to deserve this?

Demon : She broke up with her boyfriend. That's why. Don't you dare to mess with me. I was instructed by my Master (Shaman / witches) to ruin her life. I am strong. I'm not afraid of you, Zahurin.

Sheikh Zahurin : Hmm ..... I fear GOD. You must leave this body . Where do you come from?

Demon : No!!! I will not leave her. I dwelled in a large pond in Melaka, Malaysia. I
only take instruction from my Bomoh only. Siti's blood is my reward!!!  You understand!!!. With the permission of ALLAH, The Almighty. I will draw in Bomoh from Melaka and began the conversation.

Sheikh Zahurin : You're from Melaka! and how much are you paid?

Shaman / Witches: Sungai Rambai and I'm paid $ 6,000 / - (Singapore Dollar) You don't mess with me!!

Sheikh Zahurin : If You do not undo the magic, you leave me with no choice  but to remove all your powers and ability to perform evil deeds with the  permission from ALLAH, The Almighty!!!

Shaman / Witches: I was merely joking. Please do not get offended. If I leave at my own accord, how much will you pay me ...... hee ... hee ...

Sheikh Zahurin : Then I recite the Quranic verses to get you punished with ALLAH's severe  punishment!!!

Shaman / Witches: I'm out!! I'm out!! I quit and promise not to do anymore. I have a lot of  customers waiting for me. Please do not hurt me.

Sheikh Zahurin : Bring along your Demon with you. Remove all amulets that you have installed in this house and this body. If you break your promise and come again, I will burn your house. Understand!!! (Threatening). You are leaving from which part of the body?

Shaman / Witches: Left foot out

Sheikh Zahurin : OK. After I recite the prayer call, Leave!!!.

Shaman / Witches: Okay

As soon the prayer call ended, I ordered Shaman/Witches and Demon to leave!!!

Guidelines and tips on how to perform self check and preventive measures were meted out to Siti and family. Upon interviewing Siti and family, I discover that she has been neglecting her obligation to ALLAH. They are advised accordingly.  Siti mentioned that she was unable to recite the Quran in a proper manner. I  suggested some Quranic teaching classes to her. I call it a day. Another job done. Alhamdulillah. I'm home. That's all.

1 Comment

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    October 2015
    February 2014
    January 2014
    July 2013

    Categories

    All

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly