CATCH ME ON AIR TONIGHT 18/06/2014 at 9 PM @ NTV 7 "PARANORMAL ZONE - DRAGONS :- FANTASY OR REAL" WITH THE EXORCIST SHEIKH ZAHURIN OF KRSS....
Jimadie Shah Othman | 11:29AM Mac 11 2014
Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur penggunaan aktiviti perbomohan untuk mencari pesawat MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu.Sambil menyifatkannya "satu kerja bodoh", Asri berkata, amalan “khurafat dan tahyul” itu tidak boleh diterima sama sekali kerana bertentangan dengan akal waras.“Ini tahyul, khurafat, kerja bodoh dan tidak waras. Agama tidak dapat terima (langkah ini). Dengan buat begitu, dia (bomoh) beri gambaran salah pada ajaran Islam.“Dia seolah ambil kesempatan. Siapa yang membawanya (untuk tujuan itu), amat malang dan memalukan,” kata Dr Mohd Asri (kiri) yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu.Bernama semalam melaporkan, kehilangan MH370 mendapat perhatian"Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP"Ibrahim Mat Zin yang mendakwa dijemput seorang pegawai tertinggi negara ke KLIA bagi menggunakan ilmu tradisional dan solat hajat.Ibrahim berkata, beliau menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta dan berdoa supaya melepaskan mangsa agar dapat dijumpai secepat mungkin. Berpengalaman selama 50 tahun, Ibrahim menjadi popular melalui perkhidmatan kejadian Highland Tower runtuh, pencarian mayat semasa banjir Kuala Dipang, Kampar Perak dan kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fendy.Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Asri menegaskan, dalam Islam, tiada sesiapa yang mengetahui perkara ghaib kerana ia di luar pengetahuan manusia. “Tiada siapa boleh buat kuasa tuhan. Kalau boleh, sudah tentu Nabi Muhammad menjampi semua penentangnya supaya terima Islam.“Kuasa-kuasa ghaib ini kalau berlaku menggunakan perantara syaitan. Mungkin (hasilnya) jadi, tapi ia bukan ajaran Islam,” katanya. "AKU tahu perbuatan ini dosa besar. Tapi aku tak kisah nak santau dia sampai mati pun. Aku sanggup tanggung segala dosa!"Demikian ungkapan kesumat seorang wanita Melayu yang nekad mensantau bekas teman lelakinya seperti yang diceritakan rakan penulis, Suhaila.Suhaila mengimbas kata-kata yang pernah berdesing di cuping telinganya itu sekitar empat tahun lalu."Aku dengar-dengar, lelaki itu sudah pun mati," cerita Suhaila.Sihir atau ilmu hitam bukan perkara baru. Menurut sejarahwan, amalan melakukan sesuatu menerusi bantuan makhluk halus seperti jin dan syaitan telah berakar umbi sejak sekitar 5,000 tahun Sebelum Masihi.
Dalam tamadun Mesopotamia, pengaruh ilmu sihir begitu kuat dan mereka yang mahir dalam bidang ini digelar asipu.Dalam tamadun Rom dan Yunani, ahli-ahli sihir mereka mampu melumpuhkan seseorang dengan bacaan mantera manakala dalam tamadun Mesir, ahli-ahli sihir yang hebat digaji menjadi pengawal peribadi.Di Malaysia kini, cabang-cabang sihir didapati pada amalan santau, pukau, tuju-tuju, ubat guna-guna dan sebagainya. Seorang lelaki dari Pulau Pinang, Salman (bukan nama sebenar) berusia 40 tahun menderita penyakit misteri selama setahun.Berat badannya susut secara mendadak daripada 80 kilogram (kg) menjadi 40 kg dalam tempoh yang agak singkat.Setiap kali menjelang Maghrib, dia tidak boleh mengangkat kakinya untuk berjalan sehingga perlu berpaut pada tembok dinding di rumah. Dia mendakwa doktor tidak mempunyai penjelasan tentang penyakitnya."Setelah doktor sendiri hairan dengan penyakit saya, saya berjumpa bomoh. Bomoh menyuruh saya membasuh muka kemudian dia memberikan saya cermin."Saya lihat ada benang, duri, serpihan kaca dan sekam menempel pada muka saya."Saya menyentuhnya dan memang terasa ia ada di situ.PERBUATAN menyihir hingga menyebabkan mangsa menderita bahkan menemui ajal perlu dianggap satu jenayah. Santau "Bomoh itu memberitahu, saya telah disantau. Katanya, mujur saya berjumpanya cepat kerana jika tidak, dalam tempoh sebulan lagi, saya mungkin akan menemui ajal," kata Salman kepada Jurnal.Ceritanya, daripada gambaran rupa yang diberikan bomoh itu, orang yang berniat menyantaunya ialah seorang kawannya. Salman kini sudah pulih.Mangsa santau tidak mengenal usia. Seorang remaja berusia 14 tahun turut terkena santau. Abangnya, Mohd. Sharul Nizam Sharuddin, 29, berkongsi cerita."Sangat menyayat hati melihat keadaan adik saya pada masa itu. Dah macam mayat hidup."Dah jumpa doktor dan lakukan imbasan sinar X, doktor kata ada tompok-tompok hitam mungkin tibi. Tapi keadaan adik masih tidak baik."Kami akhirnya jumpa seorang bomoh di Perak. Selepas dirawat, adik saya muntahkan serpihan kaca, dawai besi dan rambut."Bomoh beritahu, adik saya telah disantau. Tetapi siapa yang santau kami sendiri tidak pasti," katanya.Namun, jauh di sudut hati Sharul Nizam, dia bersyukur kerana adiknya dapat disembuhkan, tidak seperti seorang rakannya yang mati kerana santau."Kawan saya itu disantau dengan teruk sampai segala organ dalam badannya hampir hilang."Dikatakan ia penangan santau Orang Asli. Difahamkan, dia disantau oleh kawan baiknya yang sukakan isterinya," katanya. Justeru, apa yang membezakan perbuatan sihir ini dengan perbuatan mencederakan atau membunuh mangsa menggunakan pisau atau senjata lain?Sebenarnya, jika dihalusi kedua-duanya adalah perbuatan jenayah iaitu membunuh atau mendatangkan kecederaan.Cuma, sihir senjatanya ialah makhluk halus dan kerana itu 'penjenayah' sering terlepas. Mahkamah lazimnya tidak mengambil kira hal-hal berbaur metafizik dan di luar logik akal.SIHIR biasanya bermatlamatkan negatif seperti melampiaskan rasa dengki dan cemburu. Jenayah Namun, keadaan ini mungkin akan berubah. Baru-baru ini, seorang pensyarah universiti mengusulkan supaya kerajaan mewujdkan Akta Jenayah Sihir bagi mengekang amalan itu daripada terus berleluasa dan membawa penjenayah sihir ke muka pengadilan.Pensyarah Undang-Undang Kolej Antarabangsa Institut Kemajuan Iktisas Pahang (IKIP), Dr. Mahyuddin Ismail menggambarkan jenayah sihir adalah sesuatu yang bersifat realistik dan bukan retorik.Beliau cuba mengetengahkan satu formula yang mampu membawa persamaan antara jenayah sihir dan jenayah biasa."Banyak perkara jenayah di negara ini yang turut dikaitkan dengan perbuatan sihir."Jenayah membabitkan sihir boleh berlaku dalam kes bunuh, mendatangkan kecederaan, rogol, penipuan, kecurian, kes orang hilang, kes cerai dan poligami. "Daripada kajian saya juga terdapat 13 kes di mahkamah sivil dan mahkamah syariah yang membabitkan jenayah ini termasuk kes Mona Fandey."Maklumat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan hanya 55 peratus kes orang hilang diketahui puncanya sedangkan bakinya tidak diketahui."Terdapat juga kekerapan mangsa santau yang kembali mendapat santau selepas beberapa bulan dirawat."Semua ini mendorong kita untuk segera membanteras masalah ini," katanya yang turut mempunyai pengalaman merawat gangguan makhluk halus. Mahyuddin menjelaskan undang-undang berkenaan sihir juga bukan perkara baru. Ia pernah wujud di England dan Australia.Ia juga masih wujud di negara-negara Afrika, India, China dan Arab Saudi.Namun, kebanyakannya hanya bertumpu pada aspek tertentu misalnya, di China, peruntukan undang-undang jenayah yang diluluskan pada tahun 1979 berkisar tentang mendapatkan wang dengan helah sihir.Di Arab Saudi pula penjenayah sihir dikenakan hukuman pancung. April lalu, seorang lelaki Lebanon dijatuhi hukuman pancung di Arab Saudi atas dakwaan mengamalkan ilmu sihir. Cedera atau kecederaan parah yang terjadi akibat sihir juga tidak bercanggah dengan maksud cedera yang terdapat dalam Seksyen 319, Kanun Keseksaan.Ini bermakna sihir yang menyebabkan kecederaan atau kesakitan termasuk lumpuh, tuli, buta, bisu dan sebagainya dianggap satu jenayah.Bagaimana hendak membuktikan perkara yang dianggap ghaib ini?Mahyuddin menjelaskan, walaupun dianggap perkara ghaib namun hal-hal sihir biasanya hanya akan berlaku menerusi peralatan dan alat-alat itu boleh menjadi bahan bukti di mahkamah."Sihir berlaku kerana perjanjian antara manusia dengan makhluk halus dan perjanjian itu biasanya menghendaki manusia melakukan pemujaan dan menyediakan bahan-bahan sihir. "Secara asasnya terdapat dua kategori bahan iaitu bahan luaran (bahan yang bukan berasal dari tubuh mangsa atau orang yang menyihirnya) atau bahan dalaman (bahan yang berasal dari diri mangsa dan penyihirnya).Bukti"Antara contoh bahan luaran yang biasa digunakan ialah darah, najis, tengkorak, abu mayat, simpulan kain, air lipan bara, katak puru bertanduk, hati kura-kura, kaca, paku, ranting bunga kertas, benang, tanduk kerbau, tanah liat, lilin atau jerami yang dibentuk menjadi patung."Bahan dalaman pula seperti apa-apa yang menjadi identiti mangsa atau orang yang hendak melakukan sihir seperti pakaian, pakaian dalam, kuku, rambut, bulu roma dan tuala," katanya. SIHIR boleh menyebabkan sakit pada anggota badan tertentu.Elemen penting dalam penentuan terdapat jenayah atau tidak seperti mens rea (niat) dan actus rea (tindakan) juga boleh dikenal pasti."Tukang sihir juga boleh dianggap sebagai pembunuh upahan atau penceroboh seperti dalam kes jenayah biasa."Pengamal sihir akan didakwa bersama-sama kerana bersubahat dalam jenayah."Bahan bukti juga boleh menyatakan niat mereka yang menyantau sama ada untuk membunuh atau sekadar mencederakan."Misalnya, jika jarum dicucuk pada otak atau jantung patung itu menandakan tujuan bunuh dan jika dicucuk pada anggota lain seperti tangan dan kaki, ia mungkin sekadar mahu mencederakan," ujarnya.Jelasnya, dalam hal penyiasatan, satu badan perlu diwujudkan, misalnya menubuhkan Jabatan Siasatan Jenayah Sihir.Siasatan turut dilakukan dengan kerjasama antara pakar forensik dan pakar rawatan sihir yang terbukti kredibilitinya dan boleh dipercayai. "Akta Jenayah Sihir perlu ada. Selama ini orang mungkin memilih kaedah sihir untuk membunuh atau mencederakan kerana fikir ia tidak meninggalkan bahan bukti lalu mereka terlepas."Mereka hanya menyerahkan kepada makhluk halus untuk 'mengerjakan' mangsa."Sedangkan apa yang dilakukan juga jenayah dan patut dibawa ke muka pengadilan," ujarnya sambil memetik kata-kata sarjana Barat, Emmet V. Mittlebeeler:"Kalau undang-undang jenayah itu digubal bertujuan menjaga kepentingan awam, maka jenayah sihir ialah jenayah paling utama yang perlu dibanteras. "Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1017&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2tdZz8anq Hakcipta terpelihara ![]() PUTRAJAYA - Air jampi tidak wajar dikomersilkan kerana boleh menimbulkan pelbagai tanggapan terhadap perubatan Islam itu sendiri, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha. Menurutnya kecenderungan sesetengah pihak yang cuba mengaut keuntungan melalui cara itu dikhuatiri boleh menjejaskan akidah masyarakat apabila mereka percaya kesembuhan penyakit yang dihidapi datang daripada air berkenaan. "Contohnya air ini boleh melariskan perniagaan, menyembuhkan penyakit, menjadikan bijak. Ruqyah (jampi) ini sepatutnya dibacakan oleh orang yang selayaknya dan mengikut kaifiat (kaedah) dan syarat tertentu. "Apabila perkara ini dikomersilkan, kita khuatir ia tidak mematuhi syarat dan kaifiat itu," katanya dalam kenyataan hari ini. Bagaimanapun Othman tidak menafikan terdapat kaedah menggunakan air dijampi sebagai penawar dan ubat dalam Islam. "Tetapi kebiasaannya pihak yang ingin mendapat rawatan perlu bertemu terus dengan pengamal perubatan Islam yang dipercayai dan lebih baik dengan perawat yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. "Orang yang membuat air jampi ini lazimnya seorang yang warak dan mustajab doanya di sisi Allah. Bagaimanapun, nasihat saya... usah dikomersilkan," katanya. Semalam Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun tiada sekatan dikenakan terhadap penjualan air jampi di pasaran, garis panduan dan peraturan yang dikeluarkan haruslah ditepati peniaga produk itu terutama dari segi pengiklanan. Ismail Sabri berkata iklan yang dikeluarkan tidak boleh mengelirukan pengguna semata-mata untuk menarik pengguna membeli produk berkenaan dan kedegilan pengusaha produk untuk mematuhi peraturan itu boleh diambil tindakan. - Bernama ![]() By Zakiyah Ibrahim Fallata Saudi Gazette JEDDAH – Some scholars and medical practitioners have come out against a demand to open Ruqyah clinics (therapy using the recitation of the Holy Qur’an) in government hospitals in the Kingdom. Some proponents of the Ruqyah method of treating patients have urged the Ministry of Health to open such clinics, but many other Sheikhs have found the idea to be unacceptable. According to Sabq, an electronic newspaper, Hasan Bin Abdullah Al-Shanbariey, a Ruqyah Sheikh from Makkah, urged the Ministry of Health to establish Qur’an clinics to provide therapy to patients after he found that most of the patients who visited him did not suffer from real organic sickness. Instead, he found his patients to be under a spell of witchcraft and some under the impact of Satanic power (ghost power).Repeated telephonic attempts by Saudi Gazette to confirm from Ministry of Health officials the veracity of reports on Ruqyah clinics went unanswered. However, Sheikh Jamman Abdullah Al-Zahrani, himself a Ruqyah Sheikh and a teacher in a Makkah School, said such a project would fail even before it was launched.“If the Ministry of Health agrees with this idea, many issues will arise: What are the criteria for choosing Ruqyah Sheikhs, how many Sheikhs are required in a hospital and will universities begin bachelor courses in this therapy?” said Jamman. Jamman said every Muslim who pronounces Shahada (There is no God but Allah and that Muhammad – peace be upon him – is His Messenger) and prays can act as a Ruqyah therapist. “The point is that if people have a strong faith in Allah and a strong trust that the Almighty will cure them by reciting Qur’an on themselves, it would be better than visiting a Ruqyah Sheikh,” said Jamman.However, many people resort to Ruqyah Sheikhs to treat them although they can read Qur’anic verses themselves, said Jamman. The Holy Qur’an is the original remedy and other medications come in the second stage, he said. “Allah said in the Qur’an that he has revealed the Book as a cure for people. He didn’t say medication for people which proves that the Qur’an surely heals people whereas drugs may or may not heal,” said Jamman. He said most psychiatrics recommend patients to use Qur’an therapy on themselves since patients find medications do not have a positive effect on their spirits. Jamman recommended patients to resort to Qur’an therapy first and then use medical drugs to help them recover. “I met many strange people who asked for Qur’an therapy: A woman was not able to drink water at her house for almost ten years, an adult who lacked the ability to read from books because he saw only blank pages, and another adult who spent 20 years hallucinating that he was traveling around the world,” said Jamman. Jamman stated such cases cannot be healed by medications or by visiting psychiatrics since they were under the influence of Satanic power. Such a patient should follow a therapeutic program in which a Ruqyah Sheikh, psychiatric specialists and family members should cooperate, Jamman added. He asserted that having strong faith in Allah and a decent intention will help in healing patients. Jamman said magicians also give patients some strange things, such as, an egg with magic words written on it and padlocks covered by leather. Mohammad Al-Hamid, head of the psychological department in Bakhsh private hospital, said patients should first consult physicians to diagnose their illnesses since only they can decide whether the ailment was due to the influence of the devil or not. “We are in the 21st century and we still have some simpleminded people who think that all diseases are due to the influence of the devil,” said Al-Hamid. Al-Hamid referred to the danger of resorting to so-called Ruqyah Sheikhs who prevent patients from seeing physicians. He said that he had several patients who visited him after visiting Ruqyah Sheikhs. The ailments of almost all of them were at an advanced stage.“Eight years ago a woman patient working as a teacher was referred to me by a government committee. Her father asked the judge to give him the authority to receive her salary because she was not in a good mental state,and had been diagnosed by a Ruqyah Sheikh as being affected by the devil. The judge asked him to refer to us in order to prove that she was not in a good mental health. When I saw her, she was in a very bad condition and had even stopped washing herself. We diagnosed her illness as schizophrenia. She was treated in a hospital and recovered after three weeks. She could return to her school after a gap of 20 years,” Al-Hamid said. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
June 2014
Categories |